11 Disember 2011 (Ahad):
- 8.30 - 11.30 pagi: Pecutan Akhir BM1 STPM - Tingkatan 6A3
10 Disember 2011 (Sabtu):
- 8.30 - 11.30 pagi: Pecutan Akhir BM1 STPM - Tingkatan 6A1 dan 6A2.
18 - 21 November 2011 (Jumaat - Isnin):
- Fasilitator (Puisi) Kem Penulis Muda Sekolah Menengah Terengganu (anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Timur, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & Persatuan Sasterawan Terengganu) di Pusat Latihan Kemas, Setiu.
14 November 2011 (Isnin):
- 9.30 - 11.00 pagi: Merakam gambar Motivasi oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Terengganu kepada pelajar Tingkatan 6 Atas di Auditorium DESSO.
- 11.45 - 12.00 tengah hari: Merakam gambar lawatan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah ke Pusat Sumber Sekolah.
13 November 2011 (Ahad):
- 2.00 - 5.00 petang: Menerima Anugerah Guru STPM Terbilang bersempena dengan Hari Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah Dungun di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun.
9 November 2011 (Rabu):
- 12.30 - 3.00 petang: Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan. Tugas: Rakaman gambar.
8 November 2011 (Selasa):
- 8.30 - 10.30 pagi: Rakaman gambar Majlis Restu Ilmu SPM.
27 Oktober 2011 (Khamis):
- 8.30 - 9.00 pagi: Merakam gambar Taklimat Pembayaran Zakat oleh pegawai dari MAIDAM.
- 9.00 - 12.00 tengah hari: Merakam gambar simulasi rukun dan wajib haji bagi Program Lambaian Kaabah.
23 Oktober 2011 (Isnin):
- 8.30 - 9.30 pagi: Merakam gambar Program Lambaian Kaabah di Dewan Warisan, DESSO.
- 10.30 - 12.50 tengah hari: Fasilitator BM1 Kem Kecemerlangan STPM SMKSO di Awang's Beach Resort, Rantau Abang.
22 Oktober 2011 (Sabtu):
- 8.00 - 10.00 pagi: Kelas Tambahan BM1 STPM - Pelajar Gred A - C+ Peperiksaan Percubaan STPM 2011
- 10.30 - 12.30 tengah hari: Kelas Tambahan BM1 STPM - Pelajar Gred C - F Peperiksaan Percubaan STPM 2011
18 Oktober 2011 (Selasa):
- 1.30 - 2.30 petang: Taklimat Kem Kecemerlangan STPM.
14 Oktober 2011 (Jumaat):
- 8.00 - 12.30 tengah hari: Fasilitator BM1 STPM Program Peningkatan Mata Pelajaran Kiritikal Wilayah Ketengah di UiTM Terengganu Kampus Dungun.
11 Oktober 2011 (Selasa):
- 2.30 - 4.00 petang: Mesyuarat Peningkatan Mata Pelajaran Kritikal SPM & STPM Wilayah Ketengah di Balai Satria, PPD Dungun (Cawangan)
02 Oktober 2011 (Ahad):
- 2.30 - 5.50 petang: Ceramah BM1 STPM kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Bukit Sawa, Marang di Marang Village Resort & Spa, Marang.
29 September 2011 (Khamis):
- 7.40 - 8.30 pagi: Solat hajat tingkatan 3, 5 dan 6.
- 9.00 - 10.20 dan 11.00 - 11.30 pagi: Rakaman Majlis Restu Ilmu PMR di Dewan Warisan.
- 12.30 - 1.00 tengah hari: Merakam proses penilaian awal Pusat Sumber Sekolah oleh pegawai dari BTP Negeri Terengganu untuk pertandingan peringkat negeri
- 6.00 - 7.00 malam: Merakam Majlis Temu Murni dengan Ibu Bapa SPM dan STPM di perkarangan Surau al-Ikhlas.
- 7.00 - 9.00 malam: Solat Hajat Perdana (PMR, SPM, dan STPM) di Surau al-Ikhlas.
27 September 2011 (Selasa)
- 1.30 - 3.15 petang: Mesyuarat Kecemerlangan STPM 3/2011 di Bilik Mesyuarat.
20-22 September 2011 (Selasa-Khamis):
- Mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Penyelaras Penyelidikan Tingkatan 6 Negeri Terengganu di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.
18 September 2011 (Ahad)
- Cuti Peristiwa bersempena dengan Perkhemahan Unit Uniform.
16-17 September 2011 (Jumaat-Sabtu):
- Merakam gambar Perkhemahan Unit Uniform di Hutan Lipur Chemerong, Dungun.
13 September 2011 (Selasa):
- 10.00 - 1.00 tengah hari: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat DESSO.
12 September 2011 (Isnin):
- 8.00 - 4.00 petang: Bengkel Membina Modul Akademi STAR BM 1 STPM JPN Terengganu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang.
11 September 2011 (Ahad):
- 9.00 - 10.30 pagi: Merakam gambar Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Mengarang Esei Intergriti Sekolah Menengah Kategori Tingkatan 4 dan 5 Peringkat Kebangsaan kepada Nur Syafiqah binti Zamri yang memenangi hadiah kedua.
10 September 2011 (Sabtu):
- 10.30 - 12.30 tengah hari: Kelas Tambahan Bahasa Melayu Kertas 1, Tingkatan 6A2.
8 September 2011 (Khamis):
- 11.30 - 1.30 tengah hari: Majlis Penyerahan Tugas Persatuan Prauniversiti.
7 September 2011 (Rabu):
- 1.30 - 3.00 petang: Taklimat Perkhemahan Unit Uniform Sekolah.
6 September 2011 (Selasa):
- 1.30 - 2.45 petang: Mesyuarat Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
25 Ogos 2011 (Khamis):
- 7.50 pagi: Majlis Sumbangan Hari Raya kepada Pelajar Yatim dan Miskin
- Bersalaman bersempena Hari Raya
23 Ogos 2011 (Selasa):
- 4.40 petang: Gotong-royong membersihkan Surau al-Ikhlas yang baru selesai digantikan bumbungnya.
- 7.20 malam: Berbuka puasa di Kuala Dungun.
22 Ogos 2011 (Isnin):
- 8.30 pagi: Merakam gambar Kelab Guru, Kakitangan Sokongan, dan Kakitangan Swasta.
21 Ogos 2011 (Ahad):
- 8.00 pagi: Merakam gambar Pengurusan Sekolah
18 Ogos 2011 (Khamis):
- 6.30 - 8.00 malam: Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa
17 Ogos 2011 (Rabu):
- Cuti Umum: Nuzul al-Quran.
16 Ogos 2011 (Selasa):
- 1.30 - 3.00 petang: Mesyuarat Guru 4/2011 di Bilik Mesyuarat.
27 Julai 2011 (Rabu):
- 1.30 - 3.30 petang: Majlis Meraikan Persaraan dan Pertukaran Guru di Rumbia Resort, Paka.
26 Julai 2011 (Selasa):
- 1.30 - 3.15 petang: Mesyuarat Kecemerlangan STPM 3/2011.
24 Julai 2011 (Ahad):
- 7.40 - 9.00 pagi: Perhimpunan Mingguan - Rakam gambar penyampaian piala kemenangan: Johan Petanque Angkasa Peringkat Kebangsaan.
- 9.15 pagi: Merakam gambar proses membaiki bumbung Surau al-Ikhlas.
- 9.40 pagi: Merakam gambar Bengkel MUET di Dewan Warisan.
- 11.00 pagi: Menghadiri Jamuan Tingkatan 6A1
- 2.10 - 2.50 petang: Ganti guru di kelas 3 Serpenthine.
21 Julai 2011 (Khamis):
- 12.50 - 1.30 tengah hari: Ganti guru di kelas 1 Emerald
- 1.30 - 2.30 petang: Kelas Tambahan Harian (BM1) 6A1
20 Julai 2011 (Rabu):
- Cuti Umum Negeri Terengganu - Hari Keputeraan DYMM Sultan Terengganu.
19 Julai 2011 (Selasa):
- 9.00 pagi: Merakam gambar Minggu Kerjaya - Peluang di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun.
- 2.30 - 5.00 petang: Penceramah Kem Bestari SMK Paka, Dungun - Bahasa Melayu 1.
18 Julai 2011 (Isnin):
- 9.40 pagi: Merakam gambar Minggu Kerjaya anjuran Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling - Peluang di UiTM.
17 Julai 2011 (Ahad):
- 8.00 - 10.00 pagi: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 2 Kumpulan 3.
- 10.30 - 12.30 tengah hari: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 1 Kumpulan 10.
- 2.00 - 4.00 petang: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 2 Kumpulan 10.
16 Julai 2011 (Sabtu):
- 5.30 petang: Bertolak ke Akademi Binaan Malaysia Cawangan Terengganu, Jenagor, Hulu Terengganu.
- 8.00 - 10.00 malam: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu (Fasa 1) - Sesi 1 Kumpulan 3.
14 Julai 2011 (Khamis)
- 8.00 - 10.00 pagi: Fasilitator Tutorial Kecemerlangan STPM Daerah Dungun (Bahasa Melayu 1) di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
11-12 Julai 2011 (Isnin - Selasa):
- Cuti Rehat Khas
9 Julai 2011 (Sabtu):
- 8.30 - 11.00 pagi: Bimbingan Kecemerlangan Tatabahasa PMR di Makmal ICT.
7 Julai 2011 (Khamis):
- 7.30 pagi: Serah modul Bimbingan Tatabahasa Kecemerlangan PMR kepada Puan Hajah Rosnah Hashim untuk diperbanyak.
- 11.30 - 2.00 petang: Bimbingan Tatabahasa Sayangi Diri Anda SPM di Bilik Auditorium.
6 Julai 2011 (Rabu):
- Serah modul latihan Bimbingan Tatabahasa Sayangi Diri Anda SPM kepada Pak Lan untuk diperbanyak.
5 Julai 2011 (Selasa):
- 2.00 petang: Hantar Modul Tutorial STPM BM1 ke Pejabat Pelajaran Daerah Dungun.
4 Julai 2011 (Isnin):
- 11.00 - 12.10 tengah hari: Mesyuarat Pelaksanaan Kem Elit dan Kem Sayangi Diri Anda SPM di Bilik Penataran Ilmu.
3 Julai 2011 (Ahad):
- Cuti Peristiwa bersempena dengan Larian "1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia"
2 Julai 2011 (Sabtu):
- 7.00 pagi: Larian "1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia".
30 Jun 2011 (Khamis):
- 7.40 - 8.00 pagi: Sesi bergambar guru.
- 8.00 - 9.00 pagi: Perhimpunan Khas Pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Wan Su Wan Jaafar ke SMK Pulau Serai sebagai Pengetua
- 9.30 - 10.00 pagi: Sesi bergambar kakitangan sokongan
- 12.00 - 1.30 tengah hari: Mesyuarat Agung Koperasi 2011
29 Jun 2011 (Rabu):
- 9.00 - 11.00 pagi: Hadir ke program Pembentangan Kolokium Bersempena dengan Edufest di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
28 Jun 2011 (Selasa):
- 2.30 - 4.00 petang: Mesyuarat Pembinaan Modul dan Fasilitator Kem Tutorial STPM (Bahasa Melayu 1) Dungun 2011 di PPD Dungun.
27 Jun 2011 (Isnin):
- Hari ini sepatutnya masih ke BTP Negeri Terengganu, tetapi mengambil keputusan menyiapkannya di sekolah dan di rumah, akan die-melkan malam nanti kepada penyelaras.
- 2.30 - 3.15 petang: Mesyuarat ringkas tentang pelaksanaan Hari Anugerah Kecemerlangan DESSO semalam, Perhimpunan Khas Pertukaran Penolong Kanan HEM ke SMK Pulau Serai sebagai Pengetua, dan acara Larian Serentak Seluruh Malaysia Sabtu ini.
- 10.00 malam: Menghantar Modul Elit BM1 STPM Terengganu kepada guru penyelaras melalui e-mel.
26 Jun 2011 (Ahad):
- 8.00 - 3.00 petang: Menghadiri Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu Kertas 1 STPM untuk Kem Elit Negeri Terengganu 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Terengganu di Marang.
25 Jun 2011 (Sabtu):
- 8.00 - 10.00 pagi: Kelas Tambahan BM1 Tingkatan 6A2.
23 Jun 2011 (Khamis):
- 10.30 - 1.30 tengah hari: Raptai penuh Hari Anugerah Kecemerlangan DESSO 2011. Ambil gambar dan latih pelajar deklamasi sajak dan tunjuk cara rakaman gambar kepada pelajar yang terlibat.
21 Jun 2011 (Selasa):
- 1.30 tengah hari: Mesyuarat Hari Anugerah Kecemerlangan DESSO 2011. Bentang laporan tentang acara deklamasi sajak dan rakaman gambar.
19 Jun 2011 (Ahad):
- Cuti Khas Negeri Terengganu - sempena kejayaan Terengganu menjuarai bola sepak Piala FA 2011 dan menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) kali ketiga berturu-turut.
18 Jun 2011 (Sabtu):
- 8.30 - 10.30 pagi dan 11.00 - 1.00 tengah hari: Kelas Tambahan BM1 Tingkatan 6A2 dan 6A1 - ganti untuk kelas pada masa cuti lepas yang tidak dapat diadakan kerana mengiringi pelajar ke UKM
13 Jun 2011 (Isnin):
- 11.30-1.30: Menyampaikan ceramah tentang teknik memahami Bahasa Melayu Kertas 1 STPM kepada pelajar SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
6 Jun 2011 (Isnin):
- 9.00 pagi: Ke sekolah untuk menyerahkan markah Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1 Sapphire dengan meletakkan markah di dalam fail yang disediakan di pejabat.
2 Jun 2011 (Khamis):
- Mengirim markah Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tingkatan 6A1 dan 6A2 kepada Puan Razifah binti Abd Ghani melalui e-mel.
31 Mei - 2 Jun 2011 (Selasa hingga Khamis):
- Menyiapkan pemeriksaan kertas Bahasa Melayu 1 STPM bagi Tingkatan 6A1 dan 6A2.
- Menyiapkan pemeriksaan kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 bagi Tingkatan 1 Sapphire.
29 Mei 2011 (Ahad)
- 2.00 petang: Kursus Menuju Puncak berakhir. Selepas meninggalkan UKM, pelajar dilepaskan di sekitar Sogo di Kuala Lumpur, sebelum bertolak pulang pukul 6.30 petang, dan tiba di PPD Dungun pukul 1.30 pagi (Isnin).
27 Mei 2011 (Jumaat):
- 11.00 pagi: Bertolak dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dungun dengan 33 orang pelajar Tingkatan 6 (dari 5 buah sekolah di Dungun) menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, berserta dengan empat orang guru pengiring lain - mengiringi pelajar berkenaan yang mengikuti Kursus Menuju Puncak anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
- 6.30 petang: Pelajar dan guru pengiring ditempatkan di Kolej Burhanuddin Helmi. Program dikendalikan oleh beberapa orang bekas siswa UKM. Selain pelajar dari Dungun, pelajar Tingkatan 6 dari daerah Kemaman (4 buah sekolah) turut menyertai program yang sama.
26 Mei 2011 (Khamis):
- 7.40 - 8.30 pagi: Perhimpunan Khas sebelum Cuti Pertengahan Tahun.
- 11.00 - 2.00 petang: Menyertai Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu di Dewan Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Turut menerima hadiah kedua Pertandingan Menulis Sajak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
25 Mei 2011 (Rabu):
- 1.45 - 3.00 petang: Mesyuarat Guru 3/2011.
23 Mei 2011 (Isnin):
- 11.00 - 1.00 tengah hari: Majlis Meraikan Persaraan Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Awang bin Abdullah di Dewan Warisan DESSO.
- 2.00 - 3.30 petang: Jamuan Persaraan Penolong Kanan Kokurikulum di Hotel UiTM Dungun.
16 Mei 2011 (Isnin):
- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011: Menyertai 10 acara sukaneka di tengah padang.
15 Mei 2011 (Ahad):
- 5.00 - 6.00 petang: Menyertai Pertandingan Petanque bersempena Hari Guru 2011. Johan.
12 Mei 2011 (Khamis):
- 12.30 - 1.30 tengah hari: Majlis Penutup Minggu Suai Kenal 6 Bawah.
11 Mei 2011 (Rabu):
- 9.30 - 1.00 tengah hari - Program Khidmat Sosial bersempena Minggu Suai Kenal Tingkatan 6 Bawah 2011 di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kuala Dungun.
10 Mei 2011 (Selasa):
- 12.00 - 12.30 tengah hari - Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM (910) kepada pelajar 6 Bawah 2011 di Dewan Warisan.
9 Mei 2011 (Isnin):
- 9.00 - 11.00 pagi - Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Bawah. 100 orang pelajar mendaftar.
5 Mei 2011 (Khamis)
- 11.00 - 12.15 tengah hari - Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Majalah Pelita 2/2011.
- 1.30 - 2.20 petang - Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 2/2011 - Meninggalkan mesyuarat sebelum tamat
- 2.30 - 4.30 petang - Bimbingan Tatabahasa kepada Pelajar Elit: Tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Seri Dungun.
3 Mei 2011 (Selasa)
- 1.30 - 3.00 petang - Mesyuarat Guru 2/2011.
28 April 2011 (Khamis):
- 1.45 tengah hari: Melapor diri di Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Lama) untuk Majlis Mesra dengan YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad bin Said.
- 2.30 - 4.00 petang: Mengikuti ucapan YAB Menteri Besar Terengganu di Arena Square, Dungun.
20 April 2011 (Rabu):
- 11.30 - 12.50 tengah hari: Merakam gambar Pelancaran Program Nilam 2011: "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"
18 April 2011 (Isnin):
- 8.00 - 1.00 tengah hari: Menjadi fasilitator Elit STPM BM1 Daerah Dungun untuk dua kumpulan.
17 April 2011 (Ahad):
- Cuti Rehat Khas.
16 April 2011 (Sabtu):
- 8.00 - 12.30 tengah hari hari: Bertugas sebagai Pengawas MUET di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun. Aku diminta menjadi "ketua" di bilik kedua, yang mengandungi 36 orang calon persendirian dari UiTM Cawangan Dungun. Walau bagaimanapun, 4 orang calon tidak hadir bagi ketiga-tiga kertas yang diuji.
- Pada waktu yang sama, di sekolahku, Latihan dalam Perkhidmatan (Ladap) diadakan. Tugas mengambil gambar kuserahkan kepada Cikgu Wan Fauzey dan Cikgu Md Rahim awal-awal lagi.
14 April 2011 (Khamis) :
- 2.00 - 3.00 petang - Menghadiri taklimat dan melawat pusat Peperiksaan MUET Pertengahan Tahun di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.
13 April 2011 (Rabu) :
- 7.40 - 9.00 pagi - Merakam gambar Kelab Sukan dan Permainan serta Pasukan Elit
- 11.00 - 12.00 tengah hari - Menghadiri mesyuarat Latihan dalam Perkhidmatan (Ladap) Sekolah
- 1.30 - 3.30 petang - Menghadiri mesyuarat Projek STPM 2/2011
12 April 2011 (Selasa) :
- 7.40 - 9.00 pagi - Merakam gambar Unit Beruniform
11 April 2011 (Isnin) :
- 7.40 - 9.00 pagi - Merakam gambar Persatuan & Kelab Koakademik.
10 April 2011 (Ahad)
- 12.30 - 2.00 petang - Merakam gambar Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar DESSO