x

TERIMA KASIH KERANA MENZIARAHI LAMAN INI -- CATATAN TENTANG SEBAHAGIAN DARIPADA KISAH HIDUP SAYA, DAN PENGLIBATAN SAYA DALAM PENULISAN (KREATIF DAN BAHASA) LAMAN INI SEDANG DIUBAH SUAI DAN DITAMBAH - DIGABUNGKAN DENGAN LAMAN TITIS TINTA SUPAYA LEBIH MANTAP

Aktiviti


18 - 21 November 2011 (Jumaat - Isnin):
  • Fasilitator (Puisi) Kem Penulis Muda Sekolah Menengah Terengganu (anjuran Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Timur, dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu & Persatuan Sasterawan Terengganu) di Pusat Latihan Kemas, Setiu.

13 November 2011 (Ahad):
  • 2.00 - 5.00 petang: Menerima Anugerah Guru STPM Terbilang bersempena dengan Hari Kualiti Pejabat Pelajaran Daerah Dungun di Dewan Utama Majlis Perbandaran Dungun.

14 Oktober 2011 (Jumaat):
  • 8.00 - 12.30 tengah hari: Fasilitator BM1 STPM Program Peningkatan Mata Pelajaran Kiritikal Wilayah Ketengah di UiTM Terengganu Kampus Dungun.

02 Oktober 2011 (Ahad):
  • 2.30 - 5.50 petang: Penceramah BM1 STPM kepada pelajar Tingkatan 6 SMK Bukit Sawa, Marang di Marang Village Resort & Spa, Marang.

20-22 September 2011 (Selasa-Khamis):
  • Mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Penyelaras Penyelidikan Tingkatan 6 Negeri Terengganu di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu.

12 September 2011 (Isnin):
  • 8.00 - 4.00 petang: Bengkel Membina Modul Akademi STAR BM 1 STPM JPN Terengganu di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu, Marang.

19 Julai 2011 (Selasa):
  • 2.30 - 5.00 petang: Penceramah Kem Bestari SMK Paka, Dungun - Bahasa Melayu 1.

17 Julai 2011 (Ahad):
  • 8.00 - 10.00 pagi: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 2 Kumpulan 3.
  • 10.30 - 12.30 tengah hari: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 1 Kumpulan 10.
  • 2.00 - 4.00 petang: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu - Sesi 2 Kumpulan 10.

16 Julai 2011 (Sabtu):
  • 8.00 - 10.00 malam: Fasilitator BM 1 Akademi STPM Negeri Terengganu (Fasa 1) - Sesi 1 Kumpulan 3.

14 Julai 2011 (Khamis)
  • 8.00 - 10.00 pagi: Fasilitator Tutorial Kecemerlangan STPM Daerah Dungun (Bahasa Melayu 1) di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.

9 Julai 2011 (Sabtu):
  • 8.30 - 11.00 pagi: Bimbingan Kecemerlangan Tatabahasa PMR di Makmal ICT.

7 Julai 2011 (Khamis):
  • 11.30 - 2.00 petang: Bimbingan Tatabahasa Sayangi Diri Anda SPM di Bilik Auditorium.

28 Jun 2011 (Selasa):
  • 2.30 - 4.00 petang: Mesyuarat Pembinaan Modul dan Fasilitator Kem Tutorial STPM (Bahasa Melayu 1) Dungun 2011 di PPD Dungun.

26 Jun 2011 (Ahad):
  • 8.00 - 3.00 petang: Menghadiri Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu Kertas 1 STPM untuk Kem Elit Negeri Terengganu 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Terengganu di Marang.

21 Jun 2011 (Selasa):
  • 1.30 tengah hari: Mesyuarat Hari Anugerah Kecemerlangan DESSO 2011. Bentang laporan tentang acara deklamasi sajak dan rakaman gambar.

13 Jun 2011 (Isnin):
  • 11.30-1.30: Penceramah Teknik Memahami Bahasa Melayu Kertas 1 STPM - SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun.

27 Mei 2011 (Jumaat) - 29 Mei 2011 (Ahad):
  • 11.00 pagi: Bertolak dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Dungun dengan 33 orang pelajar Tingkatan 6 (dari 5 buah sekolah di Dungun) menuju ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, berserta dengan empat orang guru pengiring lain - mengiringi pelajar berkenaan yang mengikuti Kursus Menuju Puncak anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.
  • 6.30 petang: Pelajar dan guru pengiring ditempatkan di Kolej Burhanuddin Helmi. Program dikendalikan oleh beberapa orang bekas siswa UKM. Selain pelajar dari Dungun, pelajar Tingkatan 6 dari daerah Kemaman (4 buah sekolah) turut menyertai program yang sama.
  • 2.00 petang: Kursus Menuju Puncak berakhir. Selepas meninggalkan UKM, pelajar dilepaskan di sekitar Sogo di Kuala Lumpur, sebelum bertolak pulang pukul 6.30 petang, dan tiba di PPD Dungun pukul 1.30 pagi (Isnin).

26 Mei 2011 (Khamis):
  • 11.00 - 2.00 petang: Menyertai Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu di Dewan Utama, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,  Dungun. Turut menerima hadiah kedua Pertandingan Menulis Sajak anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

10 Mei 2011 (Selasa):
  • 12.00 - 12.30 tengah hari - Taklimat Mata Pelajaran Bahasa Melayu STPM (910) kepada pelajar 6 Bawah 2011 di Dewan Warisan.

5 Mei 2011 (Khamis)
  • 2.30 - 4.30 petang - Bimbingan Tatabahasa kepada Pelajar Elit: Tingkatan 3, 4 dan 5 SMK Seri Dungun.

18 April 2011 (Isnin):
  • 8.00 - 1.00 tengah hari: Fasilitator Elit STPM BM1 Daerah Dungun untuk dua kumpulan.