Diari

5 Julai 2011 (Selasa):
  • 3.00 petang: Bawa mek ke Hospital Dungun untuk sesi fisioterapinya.
  • 6.00 petang: Beli tiket di Stesen Bas Dungun untuk ke Pulau Pinang - bas Cepat Ekspres.

3 Julai 2011 (Ahad):
  • 10.00 pagi: Bawa Syafiq masukkan wang RM490.00 di Maybank Paka untuk Yuran Pendaftaran Politeknik.

26 Jun 2011 (Ahad):
  • Setiba dari Marang, beli makanan arnab di Kuala Dungun.
  • Surat daripada Politeknik Balik Pulau meminta Syafiq melapor diri pada 11 Julai 2011 diterima.
25 Jun 2011 (Sabtu):
  • Hari ulang tahun kelahiran Athirah ke-11. Belikannya sebiji kek, diraikan dengan rakan-rakannya pada sebelah petang.
23 Jun 2011 (Khamis):
  • 2.00 petang: Ambil gaji di BSN Dungun.
  • Beli air minuman ECPI untuk mek di Farmasi Harmoni di Jalan Pak Sabah, Dungun. Sudah lama mencari pembekal air ini. Terima kasih kepada Cikgu Saira kerana memberitahu tempatnya.
18 Jun 2011 (Sabtu):
  • 10.30 malam: Hantar Suzati untuk menaiki bas ke Larkin, Johor Bahru.
7 Jun 2011 (Selasa):
  • Aini dan keluarga pulang ke Kuala Lumpur.
  • 11.30 pagi: Menerima panggilan telefon daripada Awang Abdullah agar datang ke pejabat sekolah. Menandatangani 6 keping perjanjian penerbitan buku Komsas Tingkatan 1 dan Tingkatan 5. Salinan enam buah buku yang telah diterbitkan juga diterima.

4 Jun 2011 (Sabtu):
  • 12.30 tengah hari: Aini sekeluarga dan menantunya tiba dari Kuala Lumpur dengan dua buah kereta.
  • 1.30 tengah hari: Menghadiri tiga majlis kenduri, termasuk yang di depan rumah. Satu lagi majlis tidak hadir kerana kesuntukan masa.

2 Jun 2011 (Khamis):
  • 10.00 malam: Hantar Yusmi ke Stesen Bas Dungun untuk kembali ke Pasir Gudang.

31 Mei 2011 (Selasa):
  • 10.00 pagi: Hantar mek ke Unit Fisioterapi Hospital Dungun.
  • 5.30 petang: Yusmi tiba dengan bas dari Johor.

23 Mei 2011 (Isnin):
  • 10.00 pagi: Tinggalkan slot awal Majlis Meraikan Persaraan Awang Abdullah, untuk mengambil mek di rumah dan dihantar ke Unit Fisioterapi Hospital Dungun. Mek ditemani isteri semasa di unit itu, dan kembali ke sekolah.
  • 11.15 pagi: Ke Hospital Dungun, dan bawa mek pulang ke rumah, dan kembali ke sekolah untuk mengikuti Majlis Persaraan Awang Abdullah.

18 Mei 2011 (Rabu):
  • Cuti Rehat Khas. 8.30 - 12.00 - Bawa mek ke Unit Rawatan Pesakit Luar Hospital Dungun. Mek dicadangkan menjalani fisioterapi untuk memulihkan lututnya dan bahunya yang sakit. Rawatan pertama pada 23 Mei 2011 ini.

14 Mei 2011 (Sabtu):
  • 9.30 - 2.00 petang: Bawa mek sekali lagi ke Hospital Dungun. Dua tiga malam ini dia tidak dapat lelapkan mata kerana sakit seluruh badan. Kami juga mahu penyelesaian untuk hilangkan sakit lututnya dan sakit pada bawah tulang selangkanya. Dia dimasukkan dan diuji darah sekali lagi. Menurut kakitangan hospital, nadi, darah dan buah pinggangnya tiada masalah. Dia dinasihati menjalani fisioterapi untuk mengatasi masalah sakit lututnya.
  • Awal malam ini mek menangis kerana sakit seluruh badan walaupun dah makan ubat. Tiada cara lain: terpaksalah dia diurut bahagian bahu dan belakang badan dan lututnya. Lepas itu dia nampak tenang, dan makan nasi beberapa sudu.

6 Mei 2011 (Jumaat):
  • 9.00 - 12.00 tengah hari: Bawa mek ke Hospital Dungun apabila sejak semalam dia asyik muntah walaupun tidak makan. Malam tadi kami tidak dapat tidur sempurna. Dia dimasukkan air dan darahnya diuji. Keputusannya menunjukkan darahnya tiada masalah dan tiada jangkitan kuman dan dibawa pulang. Petang ini dia tidak muntah-muntah lagi.

4 Mei 2011 (Rabu):
  • Athirah beli seekor anak arnab, RM50.00. Sangkarnya RM35.00, dibayarnya sendiri. Dia hendakkan arnab sejak Aini datang ke rumah minggu lalu apabila menantunya membawa arnab yang baru dibelinya.

30 April 2011 (Sabtu):
  • 12.00 - 6.00 petang - Mak Nik Hawa dengan anak-anaknya: Rosni, Roslan dan Marina serta cucu-cucu, bertandang ke rumah dari Temerloh.

24 April 2011 (Ahad):
  • Aini dari Kuala Lumpur berserta suami, anak sulungnya dan suaminya, dan anak bongsunya, tiba di Dungun. Mereka meninggalkan Dungun tengah hari esoknya.

23 April 2011 (Sabtu):
  • 10.00 pagi: Bawa mek ke Klinik Sura Gate. Diberi ubat pening, tahan muntah, dan sakit urat.

17 April 2011 (Ahad)
  • 10.00 pagi - Bertolak dari Temangan Lama. Bawa mek ke Dungun. Tiba 3.30 petang.

16 April 2011 (Sabtu):
  • 8.30 pagi (Sedang mengawas MUET di SMKTIZ) - Telefon Mak Su. Katanya, mek muntah.
  • 4.00 petang - Bertolak balik ke Temangan Lama. Syafiq tak ikut. Tiba di rumah Pak Su 8.10 malam. Bermalam di rumah Pak Su.
  • Hantar SMS kepada Penolong Kanan 1: beritahu akan cuti esok.

15 April 2011 (Jumaat):
  • Sembahyang Jumaat di Masjid Al-Naim.
  • Aini telefon, mek sangat lemah.
  • Telefon Pak Su: dia bawa mek ke Hospital Machang. Dia diberi suntikan dan ubat dan dibawa balik.

14 April 2011 (Khamis):
  • Dapat telefon daripada Aini: mek jatuh di rumah. Telah dibawa ke rumah Pak Su. Kedua-dua belah kakinya hingga ke lutut sejuk.
  • Menelefon mek: tak dapat balik segera.

12 April 2011 (Selasa) :
  • 2.30 petang - Hadir ke pertemuan Munsyi Dewan dan penggiat sastera dengan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu.



11 April 2011 (Isnin) : 
  • 9.30 malam - Pertemuan beberapa orang penulis dan peminat sastera di Dungun di Restoran Nang untuk memulihkan PELITA Dungun yang lesu dan tidak bergerak. Sdr Anuar Ibrahim dipilih sebagai Pengerusi dan Awang Abdullah sebagai Naib Pengerusi dalam jawatankuasa sementara sehingga mesyuarat agung diadakan pada 24 April nanti.